Sunday, June 19, 2011

Zikir Harian Sebagai Ubat Hati

Amalkanlah zikir harian ini sepanjang masa mengikut harinya insyallah tenang kita menjalani hidup yang sementara ini, di samping mendapat bonus yang selain dari ketenangan itu. Kadang-kadang bila kita melihat angka seribu itu, kita cepat lemah semangat kerana pada tanggapan kita perlu dihabiskan dalam satu masa. Sedangkan jumlah seribu itu boleh dizikirkan pada pelbagai masa, mahupun didalam solat ataupun diluar solat. Samada dihabiskan didalam solat atau diluar solat itu, zikir itu tetap Allah terima jika kita ikhlas mengucapkan melalui lidah ataupun hati serta didalam keadaan yang bersih.

Inilah zikir pengubat hati kerinduan umat islam kepada PENCIPTANYA:

Hari Ahad 
- Ya Hayyu Ya Qayyum
- Dizikirkan 1000 kali sepanjang hari Ahad.
- Maka Allah hidupkan kita dan memberi pemeliharaanNYA kepada kita. 

Hari Isnin 
- La Haula Wala Quwwata Illa Billa Hil Alliiyil Aazim
- Dizikirkan 1000 kali sepanjang hari Isnin.
- 1 kali sebut seumpama pahala satu Bukit Uhud. Banyak kali sebut hilang sifat-sifat menunjuk-nunjuk, sifat-sifat keji, riak, takbur, sayang dunia.

Hari Selasa
- Allahumma Solli Ala Muhammadin Abdika Warasullah, Nabiiyi, Waummiiyi, Wa Ala Alihi, Wasohbihi, Wabarik, Wasallim
- Dizikirkan 1000 kali sepanjang hari Selasa
- Sesiapa yang berzikir dengan ikhlas dengan salawat ini insyallah Allah akan ampunkan dosanya 1 tahun.

Hari Rabu
- Astaghfirullah Hal'aadzim, Allazi La Ila Ha Illa Hu Wala Hayyul Qayyum
- Dizikirkan 1000 kali sepanjang hari Rabu
- 1 kali sebut hilang satu titik hitam dalam jiwa kita. 1 titik hitam adalah dari satu dosa kita. Kalau kita tidak meminta maaf kepada yang kita berdosa itu, walaupun solat tetap masuk neraka sebanyak lamanya titik hitam itu.

Hari Khamis
- Subhanallahil Aazimi Wabihamdi
- Dizikirkan 1000 kali sepanjang hari Khamis
- Allah ampunkan dosa sebanyak buih di laut. Juga satu kali sebut tumbuh satu pohon syurga untuk kita di Taman Syurga nanti.

Hari Jumaat
- Ya Allah
- Dizikirkan 1000 kali sepanjang hari Jumaat
- Allah hampir kepada kita. Allah beri kita kesenangan solat, islam, rajin, suka, lazat beramal ibadat, tidak malu tutup aurat.

Hari Sabtu
- La Ila Ha Illallah
- Dizikirkan 1000 kali sepanjang hari Sabtu
- Senang hati aman dan tenteram

Semoga kita sentiasa mengingatkan diri kita sendiri dan sesama Islam. Selamat beramal ibadat.


No comments:

Post a Comment