Thursday, June 16, 2011

Mengubati Batu Karang Cara Tradisional

Nenas Batu atau Nenas Kecil
Orang dulu-dulu banyak petuanya. Bila difikir-fikirkan memang patutlah begitu kerana dulu manalah ada hospital dan ubat yang telah sedia ada seperti sekarang ini. Jadi ubat perlulah dicari samada di belakang rumah ataupun di dalam hutan. Lagipun ubat yang sekarang dibuat pun berdasarkan pengetahuan orang dulu-dulu dengan ditambah kemahiran terkini.

Hari ini tok turunkan petua mengatasi penyakit batu karang. 

Bahan-bahannya:
1. Sebiji nenas batu
2. Blender
3. Sedikit garam
4. Sedikit air

Caranya:

Buang kulit nenas batu tersebut. Kemudian masukkan nenas batu yang telah dikupas, sedikit garam dan sedikit air ke dalam blender. Selepas itu blend campuran tadi hingga hancur. Tapiskan campuran yang telah hancur tadi dan ambil airnya. Minum air tersebut pada waktu malam sehingga batu karang pecah dan senang nak buang air kecil. Kegunaan satu biji nenas batu setiap kali minum.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment