Friday, March 04, 2011

Rumah Kayu Atap Nipah

Rumah kayu dulu-dulu didirikan dengan penuh petua dan pantang larangnya. Boleh kata dari mula menebang pokok, membelah, mengetam hinggalah mendirikan rumah, semuanya ada petuanya tersendiri.

Orang tua-tua dulu pandai menggira tarikh yang sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan mengikut bulan Islam mahupun bulan melayu. Sesuatu pekerjaan tu diteliti bilakah masa yang sesuai dan dan pekerjaan itu diiringi dengan petua-petua tertentu. Contohnya seperti mendirikan rumah mesti lah mengadap ke matahari terbit dan didirikan di pagi semasa sinar pagi terbit dengan bacaan-bacaan tertentu mengikut amalan masing-masing.

Setiap rumah kayu yang lama, tukangnya akan menekankan kekukuhannya pada tiang seri rumah. Disitulah diletakan berbagai petua agar rumah tersebut gah dan berseri. Biasanya pada pangkal tiang seri rumah akan diletakkan cincin tembaga dan petuanya. Tok pernah jumpa pada rumah lama yang dirobohkan terdapat cincin tembaga ini tetapi nak ambil nya perghhhh punya la susah kerana didalam tiang tersebut yang keras berdentang.

Begitu juga kalau orang yang menyimpan senjata pusaka atau berkhodam yang kuat mereka akan meletakkan/menggantung senjata tersebut pada tiang seri. Ini kerana tiang seri merupakan pusat kekuatan bagi rumah kayu tersebut. Jadi Khodam ini dengan mudah menjaga rumah dan isi rumah tersebut dengan mudah kerana terletak di tengah-tengah. Cuba la lihat pada rumah kayu lama, walaupun nampak goyah tetapi jika terdapat tiang seri yang kukuh pasti rumah tersebut kukuh jua. Kalau ada senjata pusaka disitu lagilah susah orang yang nak berbuat jahat memasuki ke rumah tersebut.

Tetapi rumah-rumah sekarang seperti rumah teres dibina tanpa ada tiang seri lagi. Sebab itu kekukuhan dan serinya kurang sikit. Kalau sesiapa yang mempunyai tanah tu dan ingin membina rumah pastikanlah rumah itu mempunyai tiang seri, pasti akan terasa kelebihan dan serinya rumah tersebut. Cubalah fakir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment