Sunday, March 06, 2011

Puteri Gunung Ledang Satu Kenyataan

Pengalaman zaman sekolah Tok dulu memang banyak yang bermakna. Tok dulu menyertai pasukan pengakap sekolah. Boleh kata banyak juga aktiviti perkhemahan yang tok dah sertai, salah satunya perkhemahan dan aktiviti mendaki Gunung Ledang melalui Asahan Melaka. Mendaki Gunung Ledang melalui Asahan Melaka, tok telah menyertainya sebanyak 2 kali.

Banyak juga pengalaman semasa melakukan perkhemahan dan mendaki gunung Ledang melalui asahan ini, kerana bagi tok mendaki gunung ledang dari arah ini adalah lebih sukar dan mencabar daripada mendaki dari arah Tangkak Johor. Tapi pengalaman yang melibatkan mistik ni yang meninggalkan kesan mendalam pada diri Tok.

Pada hari pertama perkhemahan kami tu, kami telah berkhemah di kaki Gunung Ledang (Asahan). Pada waktu senja di kawasan perkhemahan tu, dah terbau semerbak bau kemenyan. Semua dah tertanya siapa yang membakar kemenyan, setelah diselidik memang tiada siapa yang membakarnya. Lalu cikgu tok telah mengarahkan tok untuk memagar kawasan perkhemahan tu. Binggung juga masa tu macamana nak pagarkan kawasan tu, lalu cikgu tok kata buat la apa yang tok tahu. Lalu tok terfikir nak guna garam kasar, sebab garam kasar memang banyak dibawa. Jadi tok jalankan apa yang telah diarahkan oleh cikgu tok dengan sedikit bacaan yang tok tahu seterusnya menaburkan garam tersebut di sekeliling kawasan perkhemahan tersebut. Pada malam tersebut tiada apa-apa yang berlaku, kami pun dah tidur awal sebab keesokan harinya nak mendaki ke gunung botak. Rupa-rupanya tok diberitahu oleh cikgu tok selepas balik dari perkhemahan tersebut bahawa bau kemenyan tersebut datang dari kubur lama orang asli tidak jauh dari tapak perkhemahan tersebut. Mereka dah tahu lebih awal hanya tak nak memberitahu lebih awal takut ada peserta yang panik.

Keesokkan nya kami mendaki ke Gunung Botak untuk berkhemah disitu sebelum mendaki ke puncak Gunung Ledang. Gunung Botak ni merupakan kawasan lapang berbatu sikit dan berhampiran itu ada sungai yang mengalir serta di atas sikit dari gunung ini ialah Gunung Runduk. Selepas memasang khemah di kawasan tersebut dan mencari kayu untuk membuat kayu api bagi memasak dan membuat unggun api agar tidak kesejukkan pada malam tersebut. Pada malam tersebut Tok ditugaskan dari jam 12 tengahmalam hingga 2 pagi untuk mengawal kawasan perkhemahan, selepas tu akan dikawal oleh kawan tok pulak. Bila sampai masa tok mengawal kawasan perkhemahan tersebut, tinggal lah tok di unggun api sambil makan apa yang ada untuk mengelakkan mengantuk. Lebih kurang jam 1 pagi, tok macam terdengar bunyi gelak ketawa beberapa orang perempuan di kawasan air terjun di sebelah kawasan perkhemahan tersebut. Mula2 tu tok tak endahkan sebab tok ingat tu bunyi air terjun tersebut, makin lama makin kuat bunyi perempuan gelak ketawa perempuan tu dan kedengaran juga air dikocak-kocak seperti mereka mandi manda sambil bermain air sesama mereka. Mulalah berdiri bulu roma tok, nak jengah ke kawasan air terjun yang gelap tu terasa juga takut.Makin lama makin kuat kedengaran gelak ketawa tersebut seperti mereka menghampiri tok. Lalu tok terus masuk ke khemah dan mengejutkan sahabat tok. Bila dia sedar tok minta dia dengar apa yang tok dengar, bila sahabat tok ni dengar je bunyi gelak ketawa tu, terus dia suruh tok tidur dan dia pun terus tidur. Apa lagi tok terus tidur la. Esok pagi baru dia cerita bahawa dia dengar gelak ketawa tu terlalu dekat dengan kawasan khemah kami, tu yang dia terus tidur dalam ketakutan. Menurut Cikgu tok, pada perkhemahan yang lepas-lepas memang ada yang terjumpa orang perempuan tua dikawasan tersebut. Tok mendengar cerita bahawa seorang anggota pengakap perempuan telah sembahyang Asar di atas batu ditepi sungai. Pada masa memberi salam pada tahiyat akhir dia telah terpandang seorang perempuan tua sedang memandang ke arahnya. Bila selesai solat dia melihat pada tempat orang tua tu kelihatan tetapi tidak menemuinya lagi. Di perkhemahan di masa lain di kawasan tersebut ada peserta terjumpa 2 biji mata yang bernyala seperti api di kawasan sungai tersebut pada waktu Maghrib. Mungkinkah tempat itu adalah tempat Puteri Gunung Ledang bersiram bersama dayang-dayangnya. Fikir-fikirkan lah.

Dikesempatan lain tok akan cerita lebih lanjut lagi mengenai pendakian ke puncak Gunung Ledang.                                                                                                 

1 comment: