Sunday, March 13, 2011

Menghormati Ibu Bapa

Tok nak cerita sikit bab menghormati ibu bapa ni, sebab zaman serba moden ni ramai budak-budak muda ni langsung tak menghormati ibu bapa khasnya dan orang yang lebih tua amnya.

Cuba bayangkan semasa kita di dalam kandungan ibu kita, betapa payahnya ibu membawa kita ke hulu ke hilir setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari hinggalah kira-kira sembilan bulan masa kita dilahirkan. Masa tu penatnya ibu kita, lenguh segala sendi ibu kita, sakit peningnya masa tu cuba kita bayangkan. Dahlah membawa kita, ibu terpaksa membuat kerja harian yang berat-berat yang biasa orang lain buat, betapa beratnya bebanan yang ibu kita bawa dan buat masa tu. Bapa kita pulak bekerja bertungkus lumus untuk mendapat lebihan duit supaya dapat memberikan makanan yang sihat kepada ibu kita seterusnya kepada kita yang didalam kandungan tu. Lepas tu masa ibu kita nak bersalin, bapa kita terpaksa membimbing ibu kita, kalau tak boleh bimbing terpaksa mengangkat ibu kita ke tempat bersalin. Cuba bayangkan terpaksa mengangkat 2 orang sekaligus, biarpun satu kecil satu besar ianya tetap membebankan. Kemudian ibu bapa kita terpaksa ada lebihan duit agar dapat membelikan baju-baju baru, lampin dan sebagainya bagi persiapan masa kita lahir. Bayangkan pengorbanan ibu bapa kita pada masa tu.

Selepas kita lahir bagaimana ibu bapa kita membesarkan diri kita dengan kasih sayang. Melayan semua kerenah yang telah kita buat pada masa tu. Ibu atau bapa akan bangun di tengah malam untuk menyusukan kita, menukar lampin dan menidurkan kita kembali, betapa peritnya keadaan tu kerana mereka terpaksa bangun di awal pagi agar dapat menjalankan kerja seharian. Makin kita besar makin banyak kerenah kita dan bertambahlah kos untuk menampung keperluan keluarga, makin kuatlah ibu bapa kita bekerja. Duit dengan hasil jereh perit inilah untuk memberi kita makan dan membesarkan kita. Tidak kesian ke dengan ibu bapa kita hingga kita sanggup berlaku kurang ajar bila kita besar. Sedetik ibu bapa kita bersedih dan kita tidak sempat minta maaf, maka nerakalah habuan bagi kita.

Jadi tok meminta kepada semua yang masih ada ibu bapa tu berlaku baiklah kepada kedua ibu bapa kita dan orang yang lebih tua disekeliling kita. Moga Allah akan memberi pahala atas sikap baik kita itu. Satu hari nanti anak-anak akan tua juga seperti tok ni, jadi sebelum tua tu berbaktilah semampu mungkin. Lagi satu bagi yang tiada ibu bapa lagi, kita masih bertanggungjawab untuk ibu bapa kita, buatlah amalan yang baik dan sedekahkan AlFatihah kepada mereka yang telah pergi dulu daripada kita. Insyallah sampai pahala tu kepada mereka sebab itu sudah janji Allah.

Bagi yang baru kahwin dan telah mempunyai anak tu, jagalah anak kita dengan baik. Anggaplah anak tu sebagai amanah yang penting yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada kita untuk membesarkan dan mendidik mereka agar menjadi orang yang beriman dan berguna di suatu hari nanti. Yang belum berkahwin tu pula janganlah cuba-cuba membuat anak sebelum nikah kerana benda tu haram, berdosa besar namanya. Janganlah cuba hampiri sekali pun kerana takut syaitan ajar kita mengulanginya. Dan yang mana telah terlanjur tu, janganlah dibuang anak tersebut bersepah-sepah. Kalau tak nak serahkan kepada orang yang menghendakinya ataupun serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Biarlah anak itu hidup dengan sempurna. Lepas tu insaflah dan jangan diulangi lagi. Renungkanlah dalam-dalam di sudut hati masing-masing apa yang tok telah katakan ini. Agar menjadi panduan dan mendapat hikmah darinya.

1 comment:

  1. salam....

    ibu bapa dapat membawa kita ke syurga....
    ibu bapa juga dapat menghalang kita ke syurga...

    pilihlah pilihan yang tepat...
    ibu bapa jangan lah di lupa...

    ReplyDelete