Saturday, March 19, 2011

Membersihkan Barang Tembaga

Kebanyakan barang tembaga yang lama kita simpan biasanya menjadi pudar warna dan kadang-kadang tu keluar seperti lumut hijau pada permukaannya. Jadi banyak cara orang guna untuk membersihkan tembaga agar bersih dan berkilat seperti baru.

Petua yang tok gunakan untuk membersihkan tembaga ini diajar oleh mak tok. Caranya ialah:
1. Ambil asam jawa.
2. Tadah air dalam bekas yang boleh menenggelamkan barang tembaga kita.
3. Masukkan asam jawa ke dalam air tersebut dan diramas-ramas agar pati asam itu sebati didalam air tersebut.
4. Rendamkan barang tembaga kita selama 5 hingga 10 minit.
5. Ambil span dan gosokkan barang tembaga didalam rendaman air asam jawa tersebut.
6. Bilaskan barang tembaga dengan air bersih.
7. Akhirnya keringkan barang tembaga tersebut.

Barang tembaga kita akan bersih dan berkilat seperti baru. Insyallah. Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment